Sunday, September 27, 2015

PUNCA-PUNCA STRES


4.33 Punca-Punca Stres

Menurut Faizah dan Mazlan (2010), punca stres kehidupan merangkumi lapan (8) faktor iaitu:

Gaya Hidup

  • Disiplin pemakan yang tidak sihat
  • Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada kalanya barangan yang dibeli tidak diperlukan
  • Tidak dapat membezakan antara waktu bekerja dengan waktu berehat bersama-sama keluarga
  • Kurang melakukan senaman bagi menjaga kesihatan diri
  • Tidak dapat meyusun ritma tidur yang sistematik



Kewangan
  • Mempunyai masalah disiplin kewangan yang teruk
  • Sifat individu yang tdak pernah merancang sebelum berbelanja
  • Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung kehidupan peribadi dan keluarga
  • Perancangan kewangan yang buruk
  • Kerap terganggu dengan masalah kewangan

Personaliti
  • Sukar untuk melahirkan perasaan gembira
  • Tabiat terlalu banyak bercakap daripada mendengar
  • Kerap tergesa-gesa untuk menyiapkan sesuatu kerja
  • Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional
  • Mudah marah walaupun terhadap perkara-perkara yang remeh dan kecil

Spiritual
  • Tidak redha terhadap apa yang telah berlaku ke atas diri sendiri
  • Mudah menyalahkan orang lain
  • Sukar untuk berasa tenang apabila menghadapi sesuatu masalah atau dugaan hidup
  • Sukar menjalinkan hubungan persahabatan
  • Kurang bersabar dalam menghadapi sesuatu keadaan terutamanya yang melibatkan perkara-perkara yang sukar

Peristiwa Hidup
  • Berasa diri tidak berguna. Keadaan ini berlaku akibat sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek yang positif
  • Seseorang yang mempunyai kenangan pahit yang sentiasa membelenggu kehidupan
  • Berasa Tuhan todak adil terhadap dirinya
  • Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu merasa bosan dan stres
  • Masalah sejarah perpisahan yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres

Persekitaran
  • Berasa lemas dan sesak kerana terlalu ramai anggota keluarga tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah
  • Mempunyai masalah dengan jiran
  • Individu yang berasa bilik tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk dijadikan tempat berehat
  • Mempunyai masalah dengan suasana kehidupan keluarga yang bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut
  • Berasa tempat tinggal sekarang terlalu sesak dan tidak selesa

Perhubungan
  • Mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan rakan sekerja
  • Berasa rakan-rakan sukar untuk mendengar luahan perasaan yang hendak dikongsi
  • Mempunyai masalah sukar berasa gembira apabila bersama rakan
  • Berasa orang rapat dengan anda sukar untuk memahami diri anda
  • Mempunyai sikap tidak selesa apabila bergaul dengan masyarakat setempat

Pekerjaan
  • Mempunyai sikap suka melambat-lambatkan kerja
  • Mempunyai masalah dengan kawalan pelajar semasa mengajar
  • Berasa jadual waktu mengajar yang diberikan kepadanya adalah membebankan
  • Berasa kurang dihargai oleh pihak sekolah
  • Seseorang yang beranggapan bahawa dasar pelajaran membebankan dan terlalu banyak perubahan dilakukan

No comments:

Post a Comment