Sunday, September 13, 2015

PENGENALAN

Pengenalan


Blog ini dibangunkan bagi memenuhi kehendak kerja kursus bagi subjek EDU 3093 iaitu Guru dan Cabaran Semasa. Penggunaan blog  merupakan salah satu inovasi dalam pendidikan hari ini. Penghasilan blog ini diharapkan dapat membantu guru dan pelajar khususnya untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang berkaitan. Selain itu, pengunjung juga dapat mencari maklumat lain dengan memilih pautan-pautan yang disediakan di dalam blog ini.Pengunjung blog ini juga diberi peluang untuk memberikan komen yang bernas dalam setiap ruangan blog disediakan. 

Penghasilan blog ini merangkumi :
  1. Nota ringkas berkenaan Tajuk 4  bagi Subjek EDU 3093 iaitu Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru : Stres
  2. Menghasilkan nota dengan menggunakan lapan "Peta Pemikiran" berdasarkan tajuk Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru.
  3. Muat turun video berkenaan tekanan emosi dalam kalangan guru.
  4. Pautan berkaitan dengan isu-isu semasa 


TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU


          Tajuk ini merangkumi :
              i.        Mengenal pasti punca-punca stres dan burnout
             ii.        Menghuraikan tanda-tanda stres dan burnout
            iii.       Membincangkan implikasi burnout kepada individu khususnya
                       guru.
            iv.       Membezakan antara stres dan burnout
             v.        Membincangkan langkah-langkah mengatasi tekanan emosi 
                        dalam kalangan guru.














No comments:

Post a Comment