STRES
4.3 STRES
4.3.1 Konsep Stres
Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan
kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini. Dari sudut bahasa stres membawa maksud
tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd
Taib dan Hamdan 2006). Menurut Mohd
Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental seseorang akibat sesuatu
situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam hidup. Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan
berbeza kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif. Stres pada kadar rendah adalah positif kerana
ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai. Sebaliknya stres pada kadar tinggi boleh
mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau perhubungan.
Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang
hebat dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji aspek
ini. Mengikut Kyriacou (2000) stres guru
ialah pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan,
kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya
sebagai seorang guru. Bebanan tugas guru
dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang
kepada masalah stres dalam kalangan guru.
4.3.2 Jenis-Jenis
Stres
Mengikut Cockburn
(1996) terdapat lima jenis stres yang dialami oleh guru iaitu;
Stres ‘here and now’
Stres ‘here and now’
didefinisikan sebagai stres yang wujud pada sesuatu masa atau ketika. Contohnya; ketika peperiksaan, pertengkaran
atau ketika berlaku kemalangan.
Stres ‘anticipation’
Stres ‘anticipation’
merujuk kepada situasi di mana guru bertindak balas terhadap sesuatu perkara
yang dijangkakan. Contohnya; apabila
guru baharu dilantik untuk menjadi guru kelas dan terpaksa berjumpa dengan
ibubapa dalam perjumpaan PIBG. Sebagai
guru baharu yang tiada berpengalaman, situasi ini boleh menimbulkan perasaan
stres ‘anticipation’.
Stres imaginatif
Stres imaginatif wujud
apabila individu akan berimaginasi tentang sesuatu yang menakutkan atau
negatif. Sebagai contoh; anda tinggal
bersendirian di rumah dan anda mendengar pelbagai bunyi di luar. Secara tidak langsung anda akan mula
mengandaikan bahawa terdapat pencuri di luar yang sedang mencuba untuk
menceroboh rumah anda.
Stres Reaktif
Stres reaktif ialah
stres yang wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau. Ia berlaku secara semulajadi. Contohnya ialah apabila seseorang individu baharu
sahaja kehilangan orang yang disayangi.
Proses mengimbas semula pengalaman lampau ini akan menyebabkan stres
reaktif berlaku.
Stres Negatif
Stres negatif ialah sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari,
minggu, bulan atau tahun. Ia boleh
disebabkan satu punca sahaja seperti masalah kewangan atau rumah tangga.
4.3.3 Punca-Punca
Stres
Menurut Faizah dan Mazlan (2010), Punca stres
kehidupan merangkumi lapan faktor iaitu :
Gaya Hidup
* Disiplin pemakan yang tidak
sihat.
* Gemar berbelanja menggunakan kad kredit walaupun ada
kalanya
barangan yang dibeli tidak diperlukan.
barangan yang dibeli tidak diperlukan.
* Tidak dapat membezakan antara
waktu bekerja dengan waktu berehat bersama –sama keluarga.
* Kurang melakukan senaman bagi
menjaga kesihatan diri.
* Tidak dapat menyusun ritma
tidur yang sistematik.
Kewangan
* Mempunyai masalah disiplin
kewangan yang teruk.
* Sifat individu yang tidak
pernah merancang sebelum berbelanja.
* Gaji yang tidak mencukupi untuk menampung
kehidupan peribadi
dan keluarga
* Perancangan kewangan yang buruk.
* Perancangan kewangan yang buruk.
* Kerap terganggu dengan masalah kewangan.
Personaliti.
* Sukar untuk melahirkan
perasaan gembira.
* Tabiat terlalu banyak bercakap
daripada mendengar.
* Kerap tergesa-gesa untuk
menyiapkan sesuatu kerja.
* Kerap mengambil keputusan tanpa berfikir secara rasional.
* Mudah marah walaupun terhadap
perkara-perkara yang remeh dan kecil.
Spiritual.
* Tidak redha terhadap apa yang
telah berlaku ke atas diri sendiri.
* Mudah menyalahkan orang lain.
* Sukar untuk berasa tenang
apabila menghadapi sesuatu masalah
atau dugaan hidup.
* Sukar menjalinkan hubungan
persahabatan.
* Kurang bersabar dalam
menghadapi sesuatu keadaan terutamanya
yang melibatkan perkara-perkara yang sukar.
Peristiwa Hidup
* Berasa diri tidak
berguna. Keadaan ini berlaku akibat
sikap yang terlalu melihat kelemahan diri dan aspek negatif berbanding aspek
yang positif.
*Seseorang yang mempunyai
kenangan pahit yang sentiasa membelenggu
kehidupan.
* Berasa Tuhan tidak adil
terhadap dirinya.
* Kerap berasa kesunyian. Keadaan ini telah membuatkan individu itu
merasa bosan dan stres.
* Masalah sejarah perpisahan
yang telah membuatkan diri merana dan sentiasa mengalami stres.
Persekitaran
* Berasa lemas dan sesak kerana
terlalu ramai anggota keluarga
tinggal bersama-sama di dalam sebuah rumah.
* Mempunyai masalah dengan
jiran.
* Individu yang berasa bilik
tidur tidak selesa dan tidak sesuai untuk
dijadikan tempat berehat.
* Mempunyai masalah dengan
suasana kehidupan keluarga yang
bising dan menyebabkan fikiran seseorang kusut.
* Berasa tempat tinggal sekarang
terlalu sesak dan tidak selesa.
Perhubungan
* Mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dengan rakan sekerja.
* Berasa rakan-rakan sukar untuk
mendengar luahan perasaan yang
hendak
dikongsi.
* Mempunyai masalah sukar berasa
gembira apabila bersama rakan.
* Berasa orang yang rapat dengan
anda sukar untuk memahami diri
anda.
* Mempunyai sikap tidak selesa
apabila bergaul dengan masyarakat
setempat.
Pekerjaan
* Mempunyai sikap suka
melambat-lambatkan kerja.
* Mempunyai masalah dengan
kawalan pelajar semasa mengajar.
* Berasa jadual waktu mengajar
yang diberikan kepadanya adalah membebankan.
* Berasa kurang dihargai oleh
pihak sekolah.
4.3.4 Tanda-Tanda
Stres
Psikologikal
Ciri-ciri
Psikologikal
·
Mudah berasa bimbang,
tertekan, keliru dan mudah meradang.
·
Timbulnya perasaan kecewa,
marah dan kebencian.
·
Emosi terlalu sensitif dan
sangat pasif.
·
Memendam perasaan, menarik
diri dan kemurungan.
·
Kurangnya komunikasi yang
berkesan.
·
Timbulnya perasaan tidak mahu
bergaul dan suka mengasingkan
diri.
·
Rasa bosan dan tiada kepuasan
kerja.
·
Keletihan pada mental,
penurunan fungsi intelektual dan kehilangan
tumpuan.
·
Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
·
Menurunya rasa harga diri.
Tingkah laku
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
·
Suka melengah-lengahkan kerja,
mengelak bekerja dan suka
ponteng kerja.
·
Menurunnya prestasi dan
produktiviti kerja.
·
Meningkatnya penggunaan
alkohol, penyalahgunaan dadah dan
bahan-bahan terlarang.
·
Kerap menunjukkan tingkah laku
sabotaj dalam pekerjaan.
·
Tabiat makan yang melampau dan
peningkatan berat badan.
·
Tingkah laku makan yang tidak
normal sebagai bentuk penarikan
diri
dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi
dengan tanda-tanda kemurungan.
·
Meningkatnya tingkah laku
berisiko tinggi, termasuk cuai dalam
memandu dan berjudi.
·
Meningkatnya tingkah laku
agresif, vandalisme dan jenayah.
·
Menurunya kualiti hubungan
dengan keluarga dan rakan.
·
Membunuh diri atau cuba membunuh
diri.
Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal
·
Meningkatnya denyutan jantung,
tekanan darah dan
kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.
·
Meningkatnya rembesan hormon
stres (contohnya, adrenaline dan
nonadrenaline)
·
Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable
bowel
syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
·
Meningkatnya kecederaan dan
kemalangan pada tubuh badan
·
Keletihan fizikal dan
berkemungkinan mengalami sindrom keletihan
yang kronik.
·
Gangguan pernafasan,
termasuklah gangguan keseluruhan
bahagiannya.
·
Gangguan pada kulit.
·
Sakit kepala, sakit pada
bahagian bawah punggung dan
ketegangan otot.
·
Rosaknya fungsi imunisasi
badan, termasuklah mempunyai risiko
tinggi untuk menghidapi kanser.
Rumusan
Stres boleh menjejaskan banyak aspek kehidupan
individu. Bagi mengelakkan stres individu itu perlu mengenal pasti situasi
yang menimbulkan stres dan bagaimana individu itu boleh mengendalikannya. Lebih banyak seseorang itu memahami tentang
dirinya, maka pengendaliannya akan lebih
baik.
No comments:
Post a Comment