Monday, September 28, 2015

KONSEP STRES


4.3.1 Konsep Stres

Stres adalah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada masa kini.  Dari sudut bahasa stres membawa maksud tekanan di mana tekanan ini adalah fitrah kehidupan (Harunsani,2004 dalam Mohd Taib dan Hamdan 2006).  Menurut Mohd Salleh (1994) stres adalah reaksi fizikal dan mental seseorang akibat sesuatu situasi yang menyebabkan ketidakselesaan dalam hidup.  Ketidakselesaan ini boleh memberi dua kesan berbeza kepada individu iaitu sama ada kesan positif atau negatif.  Stres pada kadar rendah adalah positif kerana ia boleh menggerakkan individu untuk mencapai apa yang ingin dicapai.  Sebaliknya stres pada kadar tinggi boleh mendatangkan kemudaratan seperti kemerosotan kesihatan atau perhubungan.

Di Malaysia masalah stres dalam kalangan guru memang hebat dibincangkan dan banyak kajian yang telah dijalankan untuk mengkaji aspek ini.  Mengikut Kyriacou (2000) stres guru ialah pengalaman guru terhadap emosi yang tidak diingini seperti tekanan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan kemurungan akibat daripada tugasnya sebagai seorang guru.  Bebanan tugas guru dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan adalah antara faktor yang menyumbang kepada masalah stres dalam kalangan guru.







No comments:

Post a Comment