Monday, September 28, 2015

TANDA-TANDA STRES


4.3.4  Tanda-Tanda Stres

Psikologikal
Ciri-ciri  Psikologikal

  • Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
  • Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
  • Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
  • Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
  • Kurangnya komunikasi yang berkesan.
  • Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
  • Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
  • Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan.
  • Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
  • Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku

  • Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
  • Menurunnya prestasi dan produktiviti kerj
  • Meningkatnya penggunaan alkohol,  penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan terlarang.
  • Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
  • Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
  • Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-tanda kemurungan.
  • Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan berjudi.
  • Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan  jenayah.
  • Menurunya kualiti hubungan dengan keluarga dan rakan.
  • Membunuh diri atau cuba membunuh diri.


Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal


  • Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami penyakit kardiovaskular.
  • Meningkatnya rembesan hormon stres (contohnya, adrenaline dan nonadrenaline)
  • Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome, radang dinding usus besar dan ulser.
  • Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan
  • Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.
  • Gangguan pernafasan, termasuklah gangguan keseluruhan bahagiannya.
  • Gangguan pada kulit.
  • Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.
  • Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk menghidapi kanser.


No comments:

Post a Comment